Resepi Ayam goreng hat yai (Southern Thai Hat Yai Fried Chicken)

Bahan2 diperlukan: 

6-10 potongan paha dan betis ayam bertulang

8-10 ulas bawang putih

4-6 akar ketumbar, dibersihkan, 

seketul atau setengah ketul kunyit hidup (sebesar ibu jari)


1 sudu makan lada putih

1 sudu makan lada hitam

1 sudu makan biji jintan manis

2-3  sudu makan biji ketumbar

1-2 sudu teh serbuk kunyit


2 sudu makan kicap cair

1 sudu makan sos tiram

1 sudu makan sos ikan

1 sudu makan gula putih atau gula melaka atau gula merah (opsyenel)

2 sudu teh garam laut

150 ml air berkarbonat sejuk (boleh diganti dengan air paip biasa)

50 ml air kelapa sejuk  (opsyenel) 

2 cawan tepung beras

Minyak sayuran untuk menggoreng 


Cara2 penyediaan dan masakan:

1. Tumbuk atau kisar bawang putih akar ketumbar dan kunyit hidup

2. Sangai (goreng tanpa minyak) untuk lada putih, lada hitam, jintan manis, biji ketumbar lebih kurang 5 minit dengan api sederhana untuk mengaktifkan bahan dalam rempah ini. Jika tidak memakai rempah sebenar boleh diganti dengan serbuk yang telah siap dipek.

3. Campurkan kesemua bahan ini sehingga sebati. Untuk bahan tepung beras, boleh juga tidak dicampurkan sekali untuk perap, tetapi hanya ditambah/dilumurkan pada ayam selepas ayam dikeluarkan dari peti sejuk untuk digoreng. 

4. Gaulkan dengan ayam sehingga merata.

5. Simpan ayam bersama bahan perapan ini didalam bekas atau zipper bag di dalam peti sejuk minimum selama 4 jam, atau lebih bagus 12 jam (semalaman).

6. Sedia untuk digoreng.



Rujukan

The Hirshon Supreme Southern Thai Hat Yai Fried Chicken

https://www.thefooddictator.com/the-hirshon-supreme-southern-thai-hat-yai-fried-chicken-%E0%B9%84%E0%B8%81%E0%B9%88%E0%B8%97%E0%B8%AD%E0%B8%94%E0%B8%AB%E0%B8%B2%E0%B8%94%E0%B9%83%E0%B8%AB%E0%B8%8D%E0%B9%88/

Thai Southern Fried Chicken

https://www.marionskitchen.com/thai-southern-fried-chicken/


Southern Thai Fried Chicken Recipe - Gai Tod Hat Yai | Thai Girl in the Kitchen

https://www.youtube.com/watch?v=tYTGAbkD1g


Southern Thai Fried Chicken 🍗🍗 with Crispy Shallot

https://www.youtube.com/watch?v=z2Wjz39dtl8


Fast-Food Thai Fried Chicken: Crispy and Very Tasty

https://www.youtube.com/watch?v=WGqQCiKwkUY


https://www.youtube.com/watch?v=MAEItT_5y20 

https://www.youtube.com/watch?v=Ov0snBNLFNs

https://www.youtube.com/watch?v=F55wjKwMNBQ

https://www.youtube.com/watch?v=Wkq0oUzEcCM

https://www.youtube.com/watch?v=49pOFx47QV4

https://www.youtube.com/watch?v=GX3jW3ztv8E

https://www.youtube.com/watch?v=Ka8tr6nPNkM

https://www.youtube.com/watch?v=eU7FjXJp8lc

https://www.youtube.com/watch?v=OJu8gizVzIg

https://www.youtube.com/watch?v=C4cZ-qTGP0E

https://www.youtube.com/watch?v=Q8NsZcCWwhg

https://www.youtube.com/watch?v=XZa4yMHV4Bs


Catatan popular daripada blog ini

Pasta udang ros

Pumpkin Masala