Bebola ikan tuna ala Filipina
untuk 2-3 orang makan
sekitar 23 ketul cucur
bahan
1 tin isi ikan tuna (ketulan dalam air)
sebungkus tepung goreng cucur 160g (saya guna perisa Udang jenama bestari ketika ini)
opsyen tepung: jika tiada tepung goreng cucur campuran awal (premix), boleh ganti dengan 1/2 cawan tepung gandum dan 1/4 cawan tepung jagung (pandai2 ejas)
lobak merah 1 batang (didadukan kecil atau parut atau julienne)
daun bawang dipotong kecil
1 ketul bawang merah didadukan
beberapa ulas bawang putih didadukan
1 biji telur (opsyenel)
beberapa cili merah besar didadukan (opsyenel untuk pedas)
garam secukup rasa
lada putih
lada hitam
air
cara penyedian
keluarkan isi ikan tuna dari tin dan toskan airnya
gaulkan isi ikan dengan bahan2 lain
masukkan telur
masukkan tepung
masukkan air sikit demi sikit untuk dapatkan bancuhan yang baik
kelikatan bancuhan batter terserah di atas citarasa masing-masing, tetapi disarankan untuk sedikit cair
panaskan minyak
masukkan bancuhan dengan sudu besi atau dengan tangan (sila berhati2 dengan minyak panas)
goreng sehingga masak
angkat dan letakkan di atas pinggan berlapikkan tisu
sedia untuk dimakan
Rujukan
Tuna Fish Balls | Happy Tummy Recipes https://www.youtube.com/watch?v=EydEFHk1gP0
Tuna Skyflakes Nuggets Recipe | Easy Healthy Recipe | Masarap, Madaling Gawin | Murang ulam
Malambot at Siksik‼ isang canned TUNA makakagawa ng 52 pieces na TUNA FISH BALLS – budget meal!
TUNA BOLA BOLA | HOMEMADE Tuna Fish Balls | Century Tuna BALLS | How To Cook Tuna Bola Bola
TUNA BALLS | Ganito gawin po sa tuna para mas lalong sumarap! With masarap na fishball sauce
Even with a cheap canned tuna, you can prepare a tasty meal
Tuna Patties | Canned Tuna Recipe| Ang Sarap Pala!